Home Lifestyle Travel Foodies Parenting Review Beauty Sharing

NAIM GULAI SEMBILANG

Gerai makan ni kolin try masa trip balik kampung. Kebetulan masa tu nak ke Tanjung Dawai shopping ikan kering. 

NAIM GULAI SEMBILANG ni terletak di sebelah kiri jalan kalau korang dari Yan. Kalau dari Tanjung Dawai terletak di sebelah kanan. 

Dia ada set atau boleh order ala carte. Kami 4 orang dewasa ambil lah set.


Dan ternyata portion lauk pauk tu banyak lah tuk 4 orang kami makan lunch kat situ. 

LAMANMOK DI KG. SRI KETUMBIT KERDAU, TEMERLOH PAHANG

Salah satu tempat yang korang boleh food hunting ialah LAMANMOK yang terletak di daerah Temerloh.  

Menjanjikan hidangan yang terbaik untuk peminat manisan dan pastri, ini lah tempatnya. 

Tempat yang dirias ringkas untuk para tetamu dan tak susah pun nak cari. Kalau dari tol Temerloh, selepas traffic light ke kanan dan terus sehingga jumpa Kg. Sri Ketumbit, Kerdau. Dalam perjalanan nanti akan jumpa replika buah manggis dan sekolah agama rakyat. 

LamanMok terletak di seberang jalan tau, kalau perhatikan ada lampu-lampu cantik tu, itu lah tempatnya di hadapan laman rumah. Sempena laman rumah emak, pemiliknya menamakan LamanMok. Pada hemat kolin, memang manis sangat!


LAMANMOK

Kami sampai dah agak lambat. Rasanya banyak pastri yang dah habis.



Tapi disebabkan lapar, kami semua makan nasi lemak. Dan inilah harga yang ditawarkan di sini.

BERBUKA PUASA DI RESORT WORLD AWANA

Tahun ini ada rezeki kami sekeluarga berbuka puasa di Genting Highland. Terima kasih kepada yang menjemput kami sekeluarga. Excited juga sebenarnya hahaha, maklumlah makan kat tempat sejuk-sejuk. 

Bertolak dari Kuala Lumpur agak awal, rezeki kami sampai awal. Dapatlah bersiar-siar di sekitar kawasan sementara tunggu waktu berbuka kan. 

Hidangan Kembali-ke-Sekolah dan Buka Puasa Mudah, Cepat dan Enak bersama Pes dan Santan Ayam Brand™

 

Sesi persekolahan dan Ramadan tiba pada waktu sama tahun ini. Adakah anda bersedia untuk menghadapinya?

Ibu bapa, khasnya si emak, mempercayai kombinasi sempurna pes dan santan  Ayam Brand™ bagi mendepani bulan yang mulia tetapi sibuk ini dengan memastikan makanan dan persiapan sekolah atau kerja anak-anak atau dewasa lain dapat disempurnakan tanpa tekanan dan pada masa sama, hidangan yang disediakan enak untuk dinikmati.

Sebelum musim kesibukan bermula, teliti perbelanjaan, kemahiran dan pantri anda. Adakah anda mahu menghabiskan wang dengan membeli makanan luar sebanyak dua kali sehari selama hampir 30 hari, atau adakah ia lebih menjimat dan menyihatkan jika anda menyediakan makanan sendiri? Adakah anda mempunyai masa yang mencukupi dan kemampuan untuk memasak hidangan sahur dan buka puasa, daripada peringkat menyediakan bahan sehingga hidang, untuk anda dan keluarga?

 

RUMAH IDAMAN DAN MODEN DI SEREMBAN, IZARA @BAYU SUTERA

 

Mencari rumah idaman dan juga mengikut arus pemodenan pada zaman kini menjadi pilihan setiap keluarga. Memilik hartanah berhampiran tasik atau dikenali sebagai Lakeside Residences memberikan satu ciri eksklusif kepada si pemilik. Izara @ Bayu Sutera menawarkan korang ciri-ciri perumahan idaman kepada semua keluarga.

 

‘SMART HOME FEATURES’ Izara @ Bayu Sutera


Projek perumahan terbaru ini memberikan satu sentuhan moden, ruang lantai yang telah direnovasi penuh, keluasan ruang bilik tidur dan jua kamar mandi bersekali. Setiap rumah dilengkapi dengan ‘smart home features’ antaranya jam digital, lampu automatik, penghawa dingin IR Blaster dan juga pengawalan keselamatan  menggunakan suara.

Setiap pemilik juga akan mempunyai laman mereka sendiri, ciri privasi ini menjadi satu daya penarik bagi perumahan ini di miliki. Untuk yang risau akan keselamatan, di Izara @ Bayu Sutera menjanjikan kawalan yang ketat bagi semua bakal pemilik hartanah di Izara @ Bayu Sutera

 

FASILITI YANG LENGKAP

Untuk makluman, kawasan perumahan Izara @ Bayu Sutera dekat dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan buat semua bakal pemilik. Ditawarkan dengan ruang untuk beriadah seisi keluarga. Di antaranya ialah X Park Sedayan, d’ Tempat Country Club, Matrix Global Schools, pusat komersil Sendayan Merchant Square dan juga pam minyak. 

 

BELISIMO SUPER VIT ENERGY DARI NISABAKRIGOURMET

 

Bagi individu yang menjalani gaya hidup yang aktif atau yang ingin menambah  tenaga bagi menjalani aktiviti seharian, BELISIMO SUPER VIT ENERGY merupakan makanan tambahan kesihatan dalam bentuk jelly yang mudah dan ringan di nikmati di mana-mana sahaja.

Dihasilkan 100% daripada bahan-bahan semulajadi yang mempunyai formulasi yang unik merangkumi buah delima, kurma, delima, goji berry, bayam, halia dan buah-buahan campuran yang lain yang dapat memberikan manfaat yang kuat kepada tubuh badan kita.

Dibawakan dalam bentuk stick jelly mudah dibawa dan boleh di nikmati di mana-mana sahaja. Hanya perlu koyakkan stick dan makan begitu Sahaja.

Untuk makluman, Belisimo bukanlah produk pelangsing, produk kolagen khusus atau ubat-ubatan. Ianya adalah makanan tambahan atau supplement, dari bahan-bahan semulajadi yang diformulasi bagi menyokong kesejahteraan setiap individu yang mengamalkannya.